1. Memperkecil suami dihadapan orang lain antara sedar dan tidak.
2. Menggangu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat dan selalu dimasa yang salah.
3. Terlalu suka mengemas rumah / mengalihkan barang sampai suami tak jumpa barang-barang yang disimpan beliau..
4. Mengambil muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar dan menyusun surat khabar dengan cara yang amat salah.. sampai tidak dijumpa mana-mana seksyen yang hendak dibaca.
5. Memotong mana-mana bahagian majalah dan juga suratkhabar atau apa-apa bahagian dari mana-mana printed matter sampai berlubang sana sini dan si suami tak sempat baca/tengok
6. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari opis, sedangkan nak pergi pasar/supermarket esok sahaja atau baru semalam telah ke pasar.
7. Tidak memberi arahan/instruction yang jelas kepada suami bila menyuruh dia membeli sesuatu dan kemudian memarahkan/menyalahkan suami.
8. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami terlebih dahulu
9. Mengubah barang, tempat buku atau tools! atau apa-apa setting di PC tanpa memberitahu suami.
10. Bercakap/bersembang/berforum group friendster dengan kawan-kawan sewaktu malam selepas 10 pm bilamana nak beristirehat dan ber… ber….
11. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang kerumah tanpa izin suami.
12. Berpakaian kusut masai dengan t-shirt terkoyak dan kain batik lusuh dan rambut tak terurus serupa langsuyar dan muka tak bermekap serupa mayat dirumah… tapi cukup segak dan cun bila nak keluar rumah.
13. Mengambil masa yang cukup lama bila bersiap macam pengantin bila nak keluar ke mana-mana dan membuatkan suami tertunggu dan terus tertidur.
14. Dengan sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh maid atau diri sendiri membasuh atau mensterika baju atau seluar yang telah dipilih untuk dipakai dihari berkenaan.
15. Dengan sengaja atau tidak sengaja menyebelahi anak anak bila suami sedang hot dengan budak budak tu..
16. Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti dan hanya bersiap bila nak dekat asar sahaja.
17. Suka melengah lengah kan masa bila nak bersolat berjemaah atau beribadat dengan melencong ke dapur, bilik budak budak atau buat benda benda lain.
18. Mengganggu suami yang sedang tengah tengok tv.
19. Asyik bercerita tentang diri sendiri tanpa memberi peluang pada suami untuk bercerita jugak.
20. Membebel dan berleter tak renti-renti tentang hal-hal yang amat kecil dan di ulang tayang semula tiap tiap hari.
21. Memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa.
22. Menceritakan hal rumah tangga pada orang lain.
23. Dengan sengaja atau tidak, gagal memasak masakan yang suami nak makan.
24. Meminjamkan harta-benda suami pada orang lain tanpa kebenaran.
25. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yang munasabah.
**btl ke 2 smua???so tnya la kaum adam...hehehe
No comments:
Post a Comment